Anugerah TRL (Itali)

Anugerah TRL
TRL Awards
PenghargaanTerbaik dalam industri muzik di Itali
Negara Itali
Disampaikan olehMTV Itali
Anugerah pertama2006
Laman web rasmihttp://www.mtv.it/trlawards/

Anugerah TRL merupakan satu acara penganugerahan yang dianjurkan oleh stesen televisyen MTV Itali. Ia diadakan bertujuan untuk meraikan dan memberi penghargaan kepada artis dan lagu yang paling popular di Itali. Edisi pertama kalinya anugerah ini diadakan pada tahun 2006 di Milan. Pada enam edisi pertama (2006 hingga 2011), program ini bertujuan untuk memberi pengiktirafan kepada semua artis pada tahun-tahun yang berlainan dimana artis itu dikenali dan dipopularkan melalui sebuah rancangan televisyen terkenal iaitu Total Request Live. Bagi tahun 2012, format program anugerah ini telah ditukar oleh pihak MTV Itali dan ia kini lebih ditumpukan kepada artis dalam budaya pop.


From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Tubidy